Monday, 7 September 2015

Displin Anak Dari Kecil

Arini saya nak share beberapa tips yang saya dapat melalui pembacaan bagaimana kita nak disiplinkan si kecil tanpa perlu tengking atau menjerit. Sebagai ibu bapa kita mesti tak lari pernah tengking atau naikkan suara dekat anak-anak kita kan? Saya sendiri tak lari daripada ternaik suara dengan anak jika mereka buat salah. Tapi lepas tu mesti timbul rasa bersalah yang amat sebab tertengking dia walhal dia masih kecil dan masih lagi dalam proses pembelajaran. Masih relevan lagikah cara tengking dan menjerit untuk disiplinkan anak? Dr. Phill McGraw, seorang psychologist dan juga host dalam rancangan Dr.Phill ada menyebut meninggikan suara untuk dapatkan perhatian anak adalah cara yang paling tidak efektif. Apa yang berlaku adalah apabila kita tinggikan suara, ia akan hentikan komunikasi dengan anak. Sebaik sahaja kita meninggikan suara, ia akan masuk 'shutdown mode'. Itu adalah masalah utama. Jadi macam mana cara terbaik untuk kita kawal anak kita bila dia lakukan kesalahan? 
JOM BACA..


1) Berbisik dengan anak

Tiap kali anak tantrum atau lakukan kesalahan, cuba berbisik dengan anak kita dan cakap apa yang kita nak cakap dekat anak kita. Waktu ini si kecil akan diam dan berasa curious nak tahu apa yang kita nak katakan. Satu kajian cited di Wall Streets Journal, kanak- kanak yang sering ditengking mempunyai high possibility menjadi kanak-kanak bermasalah dan depression.

2)Ada rutin

Apabila ada rutin harian, kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan akan lebih tenang kerana mereka boleh expect apa yang mereka nak buat sepanjang hari. Cuba kekalkan rutin harian setiap hari seperti konsisten waktu tidur, waktu makan dan juga waktu mereka bermain. Jika berlaku perubahan rutin,inform anak-anak terlebih dahulu seperti "malam ni mama dan papa nak keluar pergi kedai kejap..adik tinggal dengan kakak yer". Ini sebagai langkah persediaan kepada anak kita untuk dia agak apa akan berlaku. Perubahan yang mendadak boleh membuat anak kita rasa insecure dan rasa takut.

3) Elak persekitaran yang tertekan

Sebagai ibu bapa yang banyak habiskan masa bersama anak-anak, kita sudah boleh agak apakah keadaan yang boleh trigger tantrum anak-anak. Keadaan yang paling biasa adalah lapar, mengantuk dan pertukaran persekitaran yang mendadak. Cuba elakkan keadaan ini dengan membuat perancangan yang lebih awal. Sebagai contoh, apabila kita hendak keluar untuk membeli barang, sentiasa bawa snack atau makanan supaya anak anda tidak mengamuk apabila dia mula lapar. Selain itu, sentiasa update dengan anak kita apakah aktiviti yang kita akan buat seperti balik kampung, keluar membeli-belah atau melawat ke rumah rakan-rakan anda supaya anak2 anda lebih bersedia dengan perubahan.

Image result for image disiplin anak

4) Meletakkan diri dalam perspektif anak-anak

Anak-anak yang masih kecil sentiasa mempunyai masalah untuk ekspres perasaan dan sukar untuk memahami pelbagai perkara. Meletakkan diri dalam perspektif anak-anak boleh membantu untuk mengelak tantrum. Contoh keadaan, "Adik tak suka duduk dlm seat yer..tapi ni untuk keselamatan". Claire Lerner (Pakar Perkembangan Kanak-kanak) mengatakan apabila kita menghormati perasaan anak kita, lebih mudah untuk kita mengajar anak kita untuk belajar cope dengan perasaan frustrationsdan peraturan. Selain itu memberi pilihan kepada anak kita juga salah satu cara menunjukkan kita hormati perasaan anak kita. Bertanya kepada anak kita sama ada ingin bawa buku cerita kegemaran mereka ke dalam kereta akan membuat anak kita rasa dia mempunyai perasaan dapat mengawal keadaan dalam masa yang sama kita in charge.

5) Memberi penerangan yang pendek dan mudah

Jika kita adalah first-time parent, kita akan lebih cenderung untuk membebel panjang jela kepada anak kita apabila mereka melakukan kesalahan. Untuk strategi mendisiplinkan anak-anak, percakapan yang berlebihan adalah cara yang paling tidak efektif. Dr. Coleman (Pakar Paediatrik di Universiti North Carolina Medical School) mengatakan anak yang berusia 18 bulan tidak mempunyai keupayaan untuk memahami ayat yang panjang dan kompleks, manakala kanak-kanak 2-3 tahun yang mempunyai language skills yang lebih kuat juga mempunyai masalah untuk hadam ayat yang panjang. Gunakan ayat yang ringkas dan berulang dan menggunakan ekspresi muka yang betul untuk membuat anak-anak lebih memahami kita. Sebagai contoh apabila anak kita pukul muka kita, "Jangan adik, Jangan pukul mama! Sakit! (Sambil pegang tangan anak kita dan gosok2 muka kita secara lembut). Saya sendiri praktikkan ini setiap kali anak kecil pukul kepala atau muka saya dan suami. Dan memang berkesan! Tapi kadang2 tangan dia terlepas juga nak pukul sebab excited terlebih..hehe..Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, kita boleh menggunakan ayat lebih panjang sedikit. Sebagai contoh, "Adik, jangan lompat atas sofa! Jangan lompat! Lompat bahaya. Nanti jatuh!".

6) Gunakan kaedah distraction

Kaedah ini lebih mudah jika dibandingkan dengan menegur anak-anak. Sebagai contoh, jika anak anda suka conteng dinding rumah, tampal satu kertas di dinding dan buat sebagai kawasan itu sahaja yang boleh dia conteng. Atau jika anak suka baling barang, ajak anak main baling bola di padang. Anak-anak akan rasa lebih gembira apabila kita melakukan aktiviti bersama mereka.

7) Wujudkan reflect corner

Kaedah ini kita boleh lakukan jika anak kita masih lagi melakukan perkara yang kita sudah larang banyak kali. Wujudkan satu kawasan yang selamat dan apabila anak kita misbehave, tunjukkan ekspresi muka serius dan letak anak anda direflect corner untuk beberapa minit. Asingkan anak anda daripada semua orang dan juga mainan mereka. Selepas beberapa minit, pergi ke anak anda, peluk mereka dan terangkan apa kesalahan mereka dan beritahu harapan anda supaya mereka tidak buat lagi.

Akhir sekali, kita sebagai ibu bapa jangan sesekali rasa penat atau kecewa dengan anak2. Setiap kali timbul rasa penat dan kecewa yang teramat sangat atau rasa tahap kesabaran dah tahap maksimum, cuba tenangkan diri. Ambil masa untuk diri sendiri dan minta tolong suami (atau isteri) atau ibu bapa kita jaga sebentar anak kita supaya kita ada masa untuk tenangkan diri sendiri. Terutama kepada first time parent, adalah perkara biasa jika kita pernah meninggikan suara atau terpukul anak sendiri. Jangan rasa down. Kita boleh ubah cara kita sekarang. Better late than never kan? ^_^

Sumber:
1) http://www.today.com/parents/stop-yelling-make-kids-listen-dr-phil-says-try-whisper-2D12023748
2) http://www.webmd.com/parenting/guide/7-secrets-of-toddler-discipline?page=4
3) http://www.parents.com/toddlers-preschoolers/discipline/tips/7-tips-for-disciplining-your-toddler/

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Nkbeauty & Health Plus
| Distributed By Gooyaabi Templates